|
|
| Wednesday, 6-Oct-2010 14:39 |
Email | Share | | Bookmark |
|
FAREWELL TO MONSOON
|
|
|
|
|
|
|
|
| Friday, 1-Oct-2010 12:59 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Goodbye to MONSOON PHOTOGRAPHY
|
|
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Bermula 1 Oktober 2010, Saya tidak lagi aktif dalam arena fotografi dgn label MONSOON Photography. Saya akan memberikan lebih tumpuan pada Training & Consultant (My New Wedding Concept). Suatu keputusan sukar yang saya perlu buat, namun kepadatan tugas semasa sudah tidak mengizinkan lagi saya terus menguruskan Monsoon Wedding Photography.
Sejak mula bertapak dalam bidang ini pada akhir tahun 2000, pelbagai kenangan pahit manis yang saya dan krew harungi. Sudah menjadi asam garam sebagai jurufoto&video .Ketika itu saya masih lagi bertugas sebagai tenaga pengajar di ILP Kuantan. Bermula sebagai jurufoto di majlis perkahwinan rakan2 sepejabat di Kuantan hingga ke Johor dengan brand MonsoonPictures. Permintaan kepada videografi juga turut mendapat sambutan bermula 2003. Dari majlis perkahwinan,birthday, sukan, familyday,konsert hingga ke majlis korporat.
Tahun demi tahun Monsoon terus melebarkan khidmat fotografi & videonya ke seluruh tanah air,teman2 di Persatuan JuruFoto Kuantan adalah antara pemangkin utama, krew terus bersilih ganti ,yang kebanyakkannya adalah pelajar pelajar saya dari jurusan Diploma IT. Hampir 10 tahun di ILP Kuantan saya terbabit dengan pelbagai tugasan penerbitan seperti merakam kesemua aktiviti, Majalah rasmi,Video Korporat, Iklan, Konvokesyen, Sukan, Expedisi, shortmovie, Hari Keluarga dan sebagainya. Ianya membawa saya ke merata lokasi, timur ke barat,utara dan selatan,dari pantai Cherating hingga ke puncak Gunung Ledang. Krew ternyata banyak membantu ,ramai diantara mereka sekarang yang telah berjaya dalam bidang ini seperti Ku Hyrez MTGen (Forvea Creative) di Terengganu dan Asraf di Kolej Perda di Perak, hingga ke hari ini mereka masih lagi membantu saya dalam aktiviti kursus dll, juga rakan seperjuangan di ILPKB,ILPKL,ILPJitra yang sentiasa memberikan bantuan teknikal dan info terkini.
Dengan job perkahwinan dan majlis korporat yang amat mengalakkan,saya mengambil keputusan nekad untuk meletak jawatan di ILP Kuantan dan mengfokuskan pada mymonsoongallery.com bersama beberapa orang rakan. Maka terlerai lah bebanan kerja pusat sumber yang bertahun tahun saya hadapi. Selepas hampir setahun, saya mula meninjau tapak baru di Kelantan. Maka Hijrahlah.
Ketika saya berpindah dari Kuantan ke Kota Bharu pada pertengahan 2009, hanya KLIK (Kelab Lensa Negeri Kelantan) yang paling aktif, Sham Khaleffa dan Ariffin Mukhtar mula mempelopori Landscape Photography, Bonsaiphotostudio sedang menyiapkan whitestudionya,kemudian munculnya PUQO Studio dan aktiviti fotografi di KB mulai rancak.
Saya memulakan edisi kursus asas fotografi di Bonsaiphotostudio, kemudian bersama dengan rakan2 menjayakan thephotomaker.net, mypeektures.com dan yang terkini ialah Conceptual Photography Community bersama R'zlley The Shoot.
Kursus “My New Wedding Concept” dan siri2 Practical Outing telah memberikan impak besar kepada saya , sehingga diberikan peluang untuk menjayakan siri2 kursus di ILP Kota Bharu dan Kolej Komuniti Kuala Terengganu, jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan dan rakan photographer. Edisi RoadTour juga turut menjelajah dari Terengganu, Pahang , Penang, hingga ke Kedah dan Perlis.
Saya akui saya bukan orang hebat, hanya berkongsi ilmu yang tak seberapa ini dengan photographer2 yang masih hijau, memberi bimbingan sekadar termampu. Saya lebih selesa Low Profile, kekadang bergelandangan. Hampir setiap hari didatangi rakan2 photographer baru dan lama, diskus dan praktikal dalam hal fotografi dan editing. Tiada jemu tapi hanya terharu kerana saya masih mampu membantu dalam masa yg terhad.
Prinsip saya mudah, semoga orang yang belajar dengan saya menghasilkan yang terbaik lebih dari saya dan mereka terus belajar dengan otai2 fotografi yang lain demi mempertingkatkan kemahiran yang sedia ada.
Di kesempatan ini juga saya ingin mengucap jutaan terima kasih kepada semua para pelanggan saya dahulu, sahabat2 ILP, krew2 MONSOON dan rakan2 photographer seluruh Malaysia. Jika ada salah dan silap,harap dimaafkan.
Ucapan Terima Kasih yang tak terhingga kepada :
Perintis- Krew Monsoon : Ahmadil Ekhwan, Fidot,Nizam,Aiman,Mael,Danial,jg dll.
Rakan2 Photographer : (haraf maaf jika nama anda tak dinyatakan disini sebab terlalu ramai)
GEZZEG kerana membantu monsoongraphic.com, REJIM yang membuka mata hati saya pada photoessay, ASFON (Angkatan Senifoto Selangor) yang memberikan kursus foto&video untuk saya lebih berkemahiran, rakan2 di Persatuan Jurufoto Kuantan,Hj Khairul,Kay,Abg Zaini,Sanihamid,Azwan,Wan Celcom,Paein,Issaraynie,Shasmanizam&the photographer,Kamal Dnora, Dr.Ali, Dr.Jamal, Riduan, Khairul,Paliy,Farouk Beautconnection, Azfar Abbas yang mengajar saya basic editing, Abg Zek yang kasi saya faham psl fotografi,Sani Kristal yang mengajar video editing,Tuan Hj Tarmizi yang mengajar saya erti kehidupan, Aizura yang memperkenalkan melodrama photographic, Otai2 Photography Saiful Nang, Syahrin Aziz, Udey,Bazuki, Yaman Ibrahim dan Asmady Ahmad (Kedah) yang pernah sudi duduk semeja minum dan diskus bersama saya dan rakan2. Kenangan2 terindah tu. X-student CIAST (97-99)dan ILPKuantan(1999-2008), Rakan2 fotografi seluruh Malaysia, Mat Nuat ILPJitra, MJO ILPKL, Ku Hyrez MtGen, Romeyphoto, Bonsaiphotostudio(ariff&bad) , Hafsham Ibrahim aka Sham Khaleeffa, AriffinMukhtar, Abby sa z, Bard Gustov, Puqostudio, ayienazri, moein,lynn si pari2,attiyah, joned sniper, xjukie, candidcombat, huruhara community, mofahano,Sham Depesona,Mohar, peserta kursus foto 2006-2010,Pokley Images, AriffGzan, JihanMegha, Faizal Tokey& Faizal Amsyarstudio,Teman jauh tapi dekat : Armazawi & Zafren (arab) dan Suhaimie Sabah, juga kepada company MM DIGITAL,Digi Marc, Mahirdigiprint, SweetTouch & ClassicTouch, Rakan2 di KLIK,Abg Aziz, Pokcik,Abg Dol,Wanlie,Naimie, TopengPerak ,dll, Rakan2 Conceptual Photography Community : Ayahnda R’zlley, Abe Less,Tamingsari, Jarifoto, Akok Ija, Kuyi, WJauzi, hakimtaz, Anep amali, Yazikfoto,Riezman,Edy TM dll.Teristimewa untuk crew2 " The Monsoon Republic"
-Azhan Karismatik &Helmy& Hazim,Special Thanks kerana meneruskan legasi ini.
Semua yang pernah mengenali saya dan Monsoon Photography.
InsyaAllah, jika dipanjang umur kita akan berjumpa kembali .
Drpd
MR.MONSOON
JUNAIDY MOHAMAD RANY
KOTA BHARU KELANTAN DARUL NAIM
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 27-Jul-2010 17:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
GATHERING
|
|
|
|
|
|
|
|
| Monday, 26-Jul-2010 11:03 |
Email | Share | | Bookmark |
|
MONSOON PRACTICAL OUTING - STYLO POTRAITURE
|
|
|
|
|
|
|
|
| Monday, 26-Jul-2010 10:40 |
Email | Share | | Bookmark |
|
PHOTOGRAPHY COURSE AT KUALA TERENGGANU
|
|
Kursus “ BASIC DSLR PHOTOGRAPHY ” anjuran Kolej Komuniti Kuala Terengganu telah berlangsung dengan jayanya pada 24 & 25 Julai 2010.
Kursus ini memaparkan teknik asas fotografi menggunakan kamera digital kompak dan terutamanya kamera DSLR.
Jutaan terima kasih kepada En.Osman dari Kolej Komuniti yang telah menjemput saya untuk mengendalikan kursus pada kali ini.
Seramai 20 orang peserta telah mengambil bahagian dengan dibantu oleh 2 orang fasilitator dan seorang krew saya iatu Hyrez dari MTGEN Photography.
Selain asas pengendalian kamera, peserta turut diajar tentang komposisi, pencahayaan dan cara untuk mendapatkan sudut yang terbaik. Sebanyak 3 sesi praktikal telah dijalankan dengan tajuk yang berbeza.
Untuk sesi ke 2, Saya telah memberikan satu tajuk yang agak berbeza iaitu STYLO POTRAITURE yang lebih menekankan aspek penampilan karakter pada setiap foto yang dishot. ‘Framing’ yang kreatif dpt memberikan impak.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 17-Jul-2010 01:34 |
Email | Share | | Bookmark |
|
PHOTO EDITING SECRET
|
|
Dedicated to New Wedding Photographer or Commercial Photographer
or Graphic Editor & Beginner to Photo Conceptual Editing.
All participant will receive a Conceptual Community T-Shirt & Editing CD.
Bring your job (wedding photo) & laptop for the editing lesson-
Limited Seats : only for 8-10 participants. .
For Confirmation :
sms your details : full name & tshirt size to 019-9297077
Deposit RM50 to MAYBANK Account
156011831802 JUNAIDI MOHAMAD
Now Everybody can Edit Like Pro
CONCEPTUAL EDITING COURSE : KOTA BHARU 31 JULY 2010
8:45am-9:00am : Registration & Free Gift Introduction to Conceptual Editing
9:00am-9:30am : Introduction to Conceptual Editing
9:30am-10:00am : Adobe Photoshop Preview & Install plug-in Software
10:00am-1:00pm : Editing Session
( Face Retouching & Colour blend & Wedding Storybook Design)
1:00pm-2:00pm : Lunch at Nasi Ulam Cikgu Kg.Kraftangan
2:00pm-5:30pm : Editing Session :Extreme Manipulation :Texture & others
( Conceptual Editing -Exclusive )
5:30pm-6:30pm : CLS-Strobist & Multiple flash : Practical
6:45pm-7:00pm : Group Photo
Already Confirmed :
HELMYHAZMI
NURZAIHAN
MR.SALI from Sabah
SUJANA ASRIM
MOHD KAMAL MARZUKI
MOHD SUFFIAN BIN NAWAWI
AZMI IBRAHIM
NIK ROSIAH BT NIK ABD RAZAK
WAN MARZUKI WAN SAID
SWEET TOUCH BRIDAL
AZYYATI BINTI AB LLAH
|
|
|
|
|
|
| Monday, 12-Jul-2010 12:32 |
Email | Share | | Bookmark |
|
MY NEW WEDDING CONCEPT
|
|
Kursus ‘My New Wedding Concept’ telah berlangsung dengan jayanya pada 10 Julai 2010 di Dewan Cempaka , Royal Guest House , Kota Bharu Kelantan. Kursus ini memaparkan teknik terkini fotografi perkahwinan dalam bentuk ‘photo essay’, pencahayaan dan manipulasi imej (editing).
Seramai 11 orang peserta telah mengambil bahagian dengan dibantu oleh 3 orang fasilitator dan 6 orang krew. Kursus anjuran Komuniti Fotografi Konsep ( Conceptual Photography Community) adalah kali ke 5 diadakan selepas menjelajah ke Kedah, Pulau Pinang dan Pulau Kapas, Terengganu.
Tujuan utama kursus ini adalah untuk memberi suatu perspektif baru dalam bidang fotografi perkahwinan. Sesi Photoshot & Photo Critic adalah antara sesi yang paling penting sepanjang kursus ini. Setiap peserta dibantu oleh beberapa krew pada setiap sesi terutama pada sesi ‘editing’. Peserta disarankan mengubah cara merakam foto dan memberikan impak pada setiap foto yang dirakam.
Komposisi cahaya, corak dan garisan, kedudukan & mood subjek adalah elemen yang perlu diutamakan sebelum setiap foto dirakam.
Kursus kali ini juga turut menerima penajaan dari MM Digital Photo, Sweet Touch Bridal Gallery dan DigiMahir Printing.
Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat :
Peserta : IZUNAN, NURZAIHAN, DR.HELMYHAZMI, IQRAM,
ABU BAKAR, LOTFI, ETY, KAK HANISAH, SALLEH, MANAF & SHAHAROMI.
Fasilitator : MR.MONSOON & JARIFOTO & RZLLEY THE SHOOT
Fasilitator Jemputan : ARIFFIN MUKHTAR & HAFSHAM IBRAHIM
Jemputan Khas : MR.LEE MM DIGITAL & MR.JOHAN ARIFF
Penaja Bersama : SWEET TOUCH BRIDAL & MM DIGITAL & DIGIMAHIR
Krew : KUYIE, TAMINGSARI, RIEZMAN, AKOK IJA & AIMAN & HAFIFI.
Model : NIENA ,FAIZAL ,FAKRUL , JOJO & ZETI
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 4-Jul-2010 07:45 |
Email | Share | | Bookmark |
|
MY NEW WEDDING CONCEPT - Kota Bharu Kelantan 10 July 2010
|
|
MY NEW WEDDING CONCEPT COURSE : KOTA BHARU 10 JULY 2010
8:30am-8:45am : Registration & Free Gift
( Conceptualism Tshirt & CD :notes & editing software)
8:45am-9:00am : Introduction to Wedding Concept by Mr.Monsoon
9:00am-9:30am : Branding & Wedding Storyline & Workflow
: Camera Setting & RO3 & Angle & Composition
9:30am-10:30am : Camera & Lens & Gadget by Mr.Lee (Q & A)
(MM Digital Kota Bharu Kelantan)
10:30am-11:30am : Modern Potraiture by Ariffin Mukhtar & Mr.Monsoon
(Model: Niena & Make up+Costume : SweetTouch Bridal)
11:30am-12:45pm : Install plug-in Software & Editing Session
12:45pm-2:00pm : Lunch at Nasi Ulam Cikgu Kg.Kraftangan
2:00pm-2:30pm : Design your Brand & Concept & Quotation & Marketing
3:00pm-4:30pm : ‘ MahaKarya Chenta ’ Photo Essay by Mr.Monsoon
(Model: Zety & Make up+Costume : SweetTouch Bridal)
4:30pm-5:30pm : Editing Session : Extreme Manipulation -Conceptualism
with R’Zlley & JariFoto
5:30pm-6:00pm : Practical Session ( CLS) Conceptual Photography
Group Photo
To confirm your seats ,Deposit RM50 to MayBank Account 156011831802
JUNAIDI MOHAMAD / sms your name & tshirt size & details to 019-9297077/
Tarikh tutup penyertaan pada 8 Julai 2010
Peserta yang sudah mendaftar :
1 NURZAIHAN BT. MOHD WAJIAH
2 HELMY HAZMI
3 MOHD IQRAM BIN MOHAMAD@ MOHAMAD NOORDIN
4 SALI MUHAMMAD B. HJ LAMJI HANI
5 IZUNAN BIN IBRAHIM
6 LOTFI BIN AB AZIZ
7 NUR SERIYANTY@MISS AMINAH BT MOHD
8 HANISAH DOLLAH
9 MUHAMAD SALEH DOLLAH
10 ABU BAKAR
11 SHAHAROMI B. SALAHUDDIN
12 ABDUL MANAF B.AHMAD
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 4-Jul-2010 07:08 |
Email | Share | | Bookmark |
|
THE MONSOON ROAD TOUR
|
|
THE PROMO OF MY NEW WEDDING CONCEPT & CONCEPTUAL PHOTOGRAPHIC
|
|
|
|
|
|
| Monday, 21-Jun-2010 16:19 |
Email | Share | | Bookmark |
|
MONSOON CONCEPTUAL PHOTOGRAPHY
|
|
|
|
|
|
|